Liga Super: Siaran Langsung Terengganu vs PDRM Live Streaming

Liga Super: Siaran Langsung Terengganu vs PDRM Live Streaming

Pertembungan antara Terengganu FC dan PDRM FC akan menjadi penutup minggu kedua belas (LS12) bagi saingan Liga Super 2024.

Perlawanan kelima ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 4 Oktober 2024, tepat pukul 9 malam. Ianya bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, yang menjadi gelanggang utama bagi pasukan Terengganu.

Stadium ini dijangka akan dipenuhi penyokong Terengganu yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di halaman sendiri. Ini memberikan Terengganu peluang terbaik untuk meraih kemenangan setelah melalui beberapa perlawanan yang kurang memuaskan.

Siaran Langsung dan Platform Tontonan

Bagi peminat bola sepak yang ingin menyaksikan aksi perlawanan secara langsung, RTM menawarkan siaran langsung di saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Ini memberikan kemudahan kepada penonton untuk menyaksikan perlawanan penting ini di kaca televisyen mereka.

Bagi penonton yang lebih gemar menonton secara online, RTM Klik menyediakan platform live streaming. Ini memastikan peminat bola sepak di mana-mana sahaja boleh mengikuti perlawanan ini secara langsung.

Prestasi Terkini Terengganu dan PDRM

Terengganu FC datang ke perlawanan ini dengan prestasi yang tidak menentu. Mereka baru sahaja selesai perlawanan kedua dalam Shopee Cup, di mana mereka meraih keputusan seri 2-2 menentang Dong A Thanh Hoa di halaman sendiri

 Keputusan ini sedikit mengecewakan, dan sebelum itu, Terengganu juga kalah 0-1 kepada Selangor dalam saingan Liga Super. Oleh itu, perlawanan ini menjadi peluang terbaik untuk mereka bangkit dan mendapatkan semula keyakinan penyokong.

PDRM FC pula dalam prestasi cemerlang setelah berjaya menumbangkan Sabah FC 1-0 dalam perlawanan sebelum ini.

Kemenangan tersebut pasti memberikan semangat besar kepada PDRM untuk meneruskan rentak kemenangan, dan mereka dijangka memberikan cabaran sengit kepada Terengganu meskipun bermain di gelanggang lawan.

Dengan momentum yang positif, PDRM sudah tentu akan mencuba sedaya upaya untuk meraih tiga mata penuh.

Rekod Pertemuan Sebelumnya

Untuk musim 2024, ini adalah pertemuan pertama antara Terengganu dan PDRM. Namun, jika melihat rekod pada musim lalu, kedua-dua pasukan ini telah bertemu dua kali.

Dalam pertemuan tersebut, Terengganu berjaya menang sekali, manakala satu lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Ini memberikan sedikit kelebihan psikologi kepada Terengganu, namun prestasi semasa PDRM tidak boleh dipandang enteng.

Keputusan Perlawanan

Terengganu vs PDRM

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post