Info Siaran Langsung Perak vs JDT Liga Super 2024

Info Siaran Langsung Perak vs JDT Liga Super 2024

Pertemuan antara Perak vs Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan perlawanan tertunda dari minggu kesembilan Liga Super 2024 (LS9) yang lalu.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos 2024 terpaksa ditunda disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan perlawanan diteruskan pada tarikh asal.

Namun kini, tarikh baru telah dijadualkan pada 5 Oktober 2024, hari Sabtu, dengan sepak mula dijadualkan pada 8.15 malam di Stadium Perak, Ipoh, lokasi yang sama seperti perancangan asal.

Pertemuan Perak vs JDT ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Sooka.

Dalam beberapa minggu ini, JDT menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Mereka baru sahaja mencatat kemenangan dalam ACLE menentang Shanghai Shenhua, menunjukkan betapa kuatnya pasukan ini di peringkat antarabangsa.

Di peringkat Liga Super Malaysia, JDT juga tidak kurang hebatnya, memenangi perlawanan terakhir di LS11 menentang Kuching City dengan keputusan 2-1. Mereka jelas berada di puncak prestasi dan sukar untuk disaingi.

Sementara itu, Perak juga tidak kurang hebatnya. Dalam perlawanan minggu lalu, Perak berjaya meraih kemenangan di tempat lawan menentang Sri Pahang FC, memberikan motivasi tambahan buat pasukan.

Meskipun Perak menyedari tugas sukar yang bakal dihadapi untuk menentang juara bertahan JDT, bermain di laman sendiri memberi kelebihan buat mereka.

Skuad Seladang pastinya akan memanfaatkan sepenuhnya sokongan penyokong untuk cuba meraih mata dari perlawanan ini.

Keputusan Perlawanan

Perak vs JDT

Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Ipoh
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post