Final Malaysia Futsal Cup: JDT vs Selangor Live Streaming

Final Malaysia Futsal Cup: JDT vs Selangor Live Streaming

Perlawanan akhir Malaysia Futsal Cup 2024 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor kini dinantikan oleh seluruh peminat sukan futsal tanah air.

Final ini akan berlangsung pada 6 Oktober 2024, hari Ahad, jam 5.30 petang di Axiata Arena Bukit Jalil. Ia dijangka menjadi perlawanan yang penuh aksi dengan kedua-dua pasukan berjuang untuk merebut gelaran juara.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung di saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.

Selain itu, peminat futsal juga boleh menonton secara live streaming percuma melalui RTM Klik, membolehkan tontonan lebih mudah dan fleksibel.

Selain aksi final JDT vs Selangor, perlawanan penentuan tempat ketiga antara KL City FC dan Pahang Rangers turut berlangsung pada hari yang sama iaitu pada pukul 2.00 petang.

Pahang Rangers yang merupakan juara musim lalu, akan bertanding bagi mengekalkan reputasi mereka di pentas futsal negara.

Kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi luar biasa dalam perjalanan ke final. JDT berjaya menewaskan KL City FC dengan kemenangan aggregat 9-2, manakala Selangor menewaskan Pahang Rangers dengan keputusan aggregat 9-7.

Di peringkat suku akhir, JDT menang bertemu Sabah, manakala Selangor mengalahkan Gombak Tot United.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan

FT : JDT (3) - (2) Selangor

  • Bruno Taffy 4'
  • Syahir Iqbal 17'
  •  Aidil Shahril Rosli 25'
  • Firdaus Ambiah 27'
  • Azwann Ismail 33'

Masa : 5.30 petang
Venue : Axiata Arena
TV : Sukan RTM, TV Okey
Live Streaming : RTM Klik

*JDT muncul juara Malaysia Futsal Cup 2024

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post