Info Siaran Langsung JDT vs Shanghai Shenhua ACL Elite (Live Streaming)

Info Siaran Langsung JDT vs Shanghai Shenhua ACL Elite (Live Streaming)

AFC Champions League (ACL) 2024/2025 kini memasuki perlawanan kedua, dengan salah satu perlawanan yang paling dinanti adalah antara Johor Darul Ta'zim (JDT) vs Shanghai Shenhua.

Pertandingan ini dijadualkan berlangsung pada 1 Oktober 2024, hari Selasa, pada pukul 8.00 malam. Aksi menarik ini akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung boleh disaksikan di saluran Astro Arena Bola 803 serta secara live streaming di Sooka dan Astro Go.

Pada perlawanan pertama, JDT berjaya mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2 ketika beraksi di Shanghai. Dua gol yang dijaringkan oleh Arif Aiman.

Sementara itu, Shanghai Shenhua mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Pohang Steelers, menempatkan mereka di kedudukan keempat dengan tiga mata dalam liga Asia Timur (East). JDT, dengan satu mata, kini berada di tempat keenam.

Kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang sama; JDT ingin mengumpul mata penuh di laman sendiri, manakala Shanghai Shenhua juga berhasrat meneruskan momentum kemenangan mereka dengan meraih kemenangan.

Pertemuan ini adalah yang pertama antara JDT dan Shanghai Shenhua di pentas tertinggi ACL. Perbandingan prestasi semasa, JDT kini masih mengekalkan prestasi baik di Liga Super tanpa kekalahan.

Sementara Shanghai Shenhua berada di kedudukan kedua dalam Chinese Super League. Dengan prestasi yang menggalakkan, JDT berharap untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan ini.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara JDT vs Shanghai Shenhua dalam saingan ACL Elite yang berlangsung pada Selasa, 1 Oktober 2024.

FT : JDT (3) - (0) Shanghai Shenhua

  • Arif Aiman 11'
  • Jorge Obregon 26'
  • Juan Muñiz 80'

Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post