Info Siaran Langsung Terengganu vs Dong A Thanh Hoa Shopee Cup 2024

Info Siaran Langsung Terengganu vs Dong A Thanh Hoa Shopee Cup 2024

Perlawanan antara Terengganu FC vs Dong A Thanh Hoa FC dalam Shopee Cup 2024 bakal berlangsung pada 25 September 2024, hari Rabu. Kini skuad Penyu akan berhadapan dengan wakil kelab Vietnam pula

Aksi ini akan bermula pada pukul 9.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Siaran langsung boleh ditonton melalui saluran Arena Bola 803 dan juga platform penstriman Sooka.

Perlawanan Terengganu FC vs Dong A Thanh Hoa FC

Ini adalah perlawanan kedua dalam Kumpulan A bagi kedua-dua pasukan. Terengganu tewas dalam perlawanan pertama mereka dengan kekalahan tipis 2-3 kepada Preah Khan Reach Svay Rieng FC dari Kemboja, dan kini mereka berada di kedudukan kedua terakhir.

Manakala Dong A Thanh Hoa FC memulakan saingan dengan langkah kanan, menang 3-1 ke atas Shan United dari Myanmar dan kini menduduki tangga teratas kumpulan A.

Sejarah pertemuan menunjukkan ini kali pertama Terengganu dan Dong A Thanh Hoa bertemu. Prestasi Terengganu dalam liga tempatan stabil dengan kedudukan ketiga selepas sembilan perlawanan, manakala Dong A Thanh Hoa berada di kedudukan ketujuh dalam V-League 1 selepas dua perlawanan awal.

Dengan sokongan padu penyokong tempatan, Terengganu FC akan cuba bangkit untuk mencatat kemenangan pertama mereka dalam Shopee Cup ini.

Namun, Dong A Thanh Hoa FC yang sedang berada di puncak kumpulan pasti akan memberikan saingan sengit untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Keputusan Perlawanan

FT : Terengganu (2) - (2) Dong A Thanh Hoa

  • Akhyar Rashid 22'
  • Manuel Ott 41'
  • Antonio 45'
  • Ubaidullah 51' (OG)

Tarikh : 25 September 2024 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post