Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzudin vs Shohibul Fikri/Daniel Marthin China Open 2024 Live Streaming

Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzudin vs Shohibul Fikri/Daniel Marthin China Open 2024 Live Streaming

Beregu profesional negara, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin akan turun pada petang bagi menghadapi pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri/Daniel Marthin dalam aksi separuh akhir BWF China Open 2024.

Untuk semi final di China Open, ianya berlangsung dalam 2 tempoh iaitu pada belah pagi bermula jam 10.00 pagi dan belah petang bermula pada jam 5.00 petang. Perlawanan berlangsung secara bergilir-gilir yang hanya menggunakan 1 court (C1) sahaja.

Pertemuan kedua-dua regu ini merupakan perlawanan kedua pada belah petang. Seperti yang dijadualkan, ianya akan berlangsung sekitar pukul 5.50 petang. Waktu sebenar bergantung kepada perlawanan sebelumnya.

Siaran Langsung Perlawanan Goh Sze Fei/Nur Izzuddin

Untuk peminat badminton tanah air, anda boleh saksikan perlawanan melibatkan beregu negara Goh Sze Fei/Nur Izzuddin ini secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 4 (814) atau boleh tonton secara live streaming di Sooka.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan : 

[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (INA) Muhammad Shohibul Fikri/Daniel Marthin - [21-14, 24-22]

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post