Info Siaran Langsung Perak vs KL City Liga Super 2024

Info Siaran Langsung Perak vs KL City Liga Super 2024

Perlawanan ketiga minggu kesebelas (LS11) Liga Super Malaysia 2024/2025 bakal menyaksikan pertembungan antara Perak FC vs KL City, yang juga merupakan perlawanan terakhir pada hari kedua.

Aksi menarik ini akan berlangsung pada Sabtu, 21 September 2024, tepat jam 8.15 malam bertempat di Stadium Perak di Ipoh. Perak yang bertindak sebagai tuan rumah dijangka akan menerima saingan sengit daripada KL City.

Sokongan padu daripada penyokong setia di stadium pasti akan memberikan tonik tambahan kepada pasukan tuan rumah untuk meraih kemenangan.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, tiket boleh didapati melalui laman web Tickethotline tickethotline.com.my

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh ikuti tayangan siaran langsung yang dibuat menerusi Astro Arena Bola 2, saluran 804 atau tonton secara live streaming di platform Sooka

Pertemuan Terakhir Bagi Kedua-Dua Pasukan: Perak FC dan KL City FC

Ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam musim Liga Malaysia 2024/2025. Walaupun Perak mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri, rekod pertemuan terdahulu menunjukkan KL City FC mempunyai dominasi yang ketara.

Dalam 4 pertemuan terakhir, KL City mencatat 3 kemenangan dan satu keputusan seri. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, KL City telah mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Perak, meskipun bermain di hadapan penyokong Perak.

Dari segi kedudukan dalam liga, Perak kini berada di kedudukan lebih baik berbanding pihak lawan iaitu di tangga ke-9 dengan 9 mata.

Manakala KL City berada di tangga ke-10 dengan 8 mata, namun mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan. Kedudukan ini menunjukkan kedua-dua pasukan bersaing rapat, dan perlawanan ini amat penting bagi kedua-duanya untuk memungut mata yang berharga dan memperbaiki kedudukan liga masing-masing.

Walaupun KL City mempunyai rekod perlawanan yang lebih baik dalam pertemuan terdahulu, Perak dijangka akan memberikan tentangan sengit memandangkan mereka bermain di halaman sendiri di Stadium Perak.

Keputusan Perlawanan

FT : Perak (1) - (0) KL City

  • Milunovic 62'

Masa : 8.15 PM
Venue : Stadium Perak
TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka

Perlawanan Perak menentang KL City dalam Liga Super 2024/2025 minggu kesebelas ini dijangka berlangsung sengit, dengan kedua-dua pasukan perlu mendapatkan mata untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.

Walaupun KL City mempunyai rekod yang lebih baik dalam pertemuan sebelum ini, kelebihan bermain di tempat sendiri memberikan peluang kepada Perak untuk bangkit.

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post