Info Siaran Langsung PDRM vs Sabah Liga Super 2024

Info Siaran Langsung PDRM vs Sabah Liga Super 2024

Perlawanan kedua dalam saingan minggu kesebelas (LS11) Liga Super Malaysia 2024/2025 akan menyaksikan pertemuan antara PDRM FC vs Sabah FC.

Pertemuan ini dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 21 September 2024, bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dengan waktu sepak mula di belah petang pada jam 5.30 petang.

Aksi mendebarkan ini dijangka akan menjadi salah satu tumpuan peminat bola sepak tempatan, dengan kedua-dua pasukan kini sedang bersaing rapat dalam liga.

Bagi penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, tiket boleh dibeli melalui laman web Tickethotline di tickethotline.com.my.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir ke stadium, boleh menonton di kaca tv menerusi siaran langsung di saluran Astro Arena Bola 803 atau melalui tontonan secara live streaming di aplikasi Sooka.

Sejarah Pertemuan Antara PDRM vs Sabah

Pertemuan antara PDRM dan Sabah musim ini adalah yang pertama untuk Liga Malaysia 2024/2025 terutamanya dalam Liga Super ini.

Berdasarkan rekod pertemuan terdahulu, PDRM lebih dominan apabila menang 3 daripada 4 pertemuan terakhir mereka. Kemenangan terakhir PDRM ke atas Sabah adalah pada musim lalu di Stadium Likas, di mana PDRM berjaya mencatat kemenangan 1-0 di gelanggang lawan.

Statistik ini memberi PDRM keyakinan lebih tinggi untuk berdepan Sabah kali ini, terutama dengan sokongan penyokong di halaman sendiri.

PDRM Fc kini berada di kedudukan ke-6 liga dengan 11 mata selepas 9 perlawanan. Walaupun kedudukan mereka lebih rendah daripada Sabah, jurang mata tidaklah begitu besar.

Sementara itu, Sabah FC berada di tempat ke-4 dengan 14 mata, dan mereka sedang berusaha untuk terus kekal di kelompok teratas liga.

Walaupun begitu, PDRM dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri, dan mereka dijangka memberikan tentangan sengit kepada Sabah.

Keputusan Perlawanan

FT : PDRM (1) - (0) Sabah

  • Ifedayo 80'

Masa : 5.30 PM
Venue : Stadium Majlis Perbandaran Selayang
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Perlawanan antara PDRM dan Sabah dalam saingan Liga Super 2024/2025 ini dijangka menjadi pertarungan sengit, dengan kedua-dua pasukan bersaing rapat dalam liga.

Walaupun Sabah memiliki kedudukan yang lebih baik, kelebihan bermain di tempat sendiri memberikan PDRM peluang besar untuk meraih tiga mata penuh.

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post