Info Siaran Langsung KL City vs Borneo FC Shopee Cup 2024

Info Siaran Langsung KL City vs Borneo FC Shopee Cup 2024

Pertembungan antara KL City vs Borneo FC Samarinda dalam Shopee Cup 2024 akan berlangsung pada 26 September 2024 (Khamis), pukul 9.00 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Perlawanan penting ini boleh disaksikan secara langsung di Arena Bola 803 atau menerusi live streaming di Sooka.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi untuk mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan pertama Kumpulan B.

Prestasi Perlawanan Pertama

KL City FC telah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kaya FC dari Filipina pada perlawanan pertama. Kemenangan ini memberi mereka tempat di kedudukan ketiga Kumpulan B.

Borneo FC Samarinda, wakil dari Indonesia yang beraksi dalam Liga 1, tampil lebih garang dengan kemenangan 3-0 ke atas Lion City Sailors FC dari Singapura sebelum, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan.

Sejarah Pertemuan

Ini merupakan pertemuan pertama antara KL City dan Borneo FC. Dalam saingan liga tempatan, KL City baru sahaja tewas 0-1 kepada Perak, meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot dalam Liga Super Malaysia.

Sebaliknya, Borneo FC terus menunjukkan prestasi konsisten dalam Liga 1 Indonesia, di mana mereka masih belum tewas dalam enam perlawanan pembukaan dan kini menduduki tempat kedua dalam liga.

Keputusan Perlawanan

KL City yang beraksi di laman sendiri pasti berharap sokongan penyokong tempatan akan membantu mereka mencatat kemenangan kedua. Walau bagaimanapun, Borneo FC tampil dengan keyakinan tinggi dan rekod cemerlang, menjadikan mereka lawan yang sukar untuk ditewaskan.

FT : KL City (1) - (0) Borneo FC

  • Brendan Gan 77'

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Bolasepak KL
TV : Arena Bola 808
Live Streaming : Sooka

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post