Info Siaran Langsung Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2024

Info Siaran Langsung Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2024

Saingan Liga Super Malaysia musim 2024/2025 semakin sengit dan kini telah memasuki minggu kesebelas (LS11). Perlawanan pembukaan minggu ini bakal menyaksikan pertemuan antara Kedah vs Sri Pahang.

Dua pasukan ini sering memberi aksi mendebarkan dalam liga. Seperti yang dijadualkan, pertembungan ini akan berlangsung pada Jumaat, 20 September 2024 di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah, tepat pada jam 9.00 malam.

Penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium boleh mendapatkan tiket melalui laman web Tickethotline di tickethotline.com.my. Ini adalah peluang terbaik untuk penyokong Kedah menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di hadapan mata sendiri.

Bagi penyokong setia yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung akan disediakan di saluran RTM melalui TV Okey serta boleh juga menonton secara live streaming di platform RTM Klik secara percuma.

Sejarah Pertemuan Kedah vs Sri Pahang

Ini merupakan kali pertama Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang FC bertemu dalam musim baru Liga Malaysia 2024/2025. Masing-masing pastinya ingin memberikan yang terbaik pada malam ini

Berdasarkan rekod 10 pertemuan sebelum ini, Kedah mempunyai kelebihan apabila berjaya memenangi 4 daripadanya ketika menentang Sri Pahang. Tewas 2 kali dan seri 4 kali. Menariknya, kesemua kemenangan Kedah dicatatkan di halaman sendiri, iaitu di Stadium Darul Aman, yang juga menjadi venue untuk perlawanan kali ini.

Walaupun begitu, perlawanan dijangka sengit memandangkan Sri Pahang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam perlawanan terakhir sebelum ini.

Dari segi kedudukan liga, Kedah kini berada di tangga ketiga tercorot dengan hanya mengumpul 8 mata sahaja. Prestasi Kedah kebelakangan ini agak merosot, dan mereka sangat memerlukan kemenangan untuk mengelakkan daripada terus tenggelam di zon penyingkiran.

Sebaliknya untuk pasukan Sri Pahang, mereka kini berada di kedudukan yang lebih baik, menghuni tangga ke-7 dengan 10 mata. Namun, perbezaan mata yang kecil menunjukkan Kedah masih mampu untuk mengejutkan lawan mereka jika mereka bermain dengan baik, terutama dengan sokongan padu penyokong sendiri.

Keputusan Perlawanan

FT : Kedah (2) - (2) Sri Pahang

  • Segio Aguero 52'
  • Halim Saari 58'
  • Sukhrob Nurulloev 64'
  • Kpah Sherman 80'

Masa : 9.00 PM
Venue : Stadium Darul Aman
TV : TV Okey
Live Streaming : RTM Klik

Pertemuan antara Kedah dan Sri Pahang pada minggu kesebelas Liga Super 2024/2025 dijangka akan menjadi perlawanan yang menarik.

Walaupun Kedah dalam prestasi kurang memberangsangkan, kelebihan bermain di tempat sendiri mungkin memberi mereka suntikan semangat tambahan untuk bangkit.

Aiman

Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post